Wednesday 27 April 2011

ULASAN DAN KEFAHAMAN TEKS ( BAHAGIAN C)

Soalan

"Gamat merupakan sejenis haiwan laut yang juga dikenali sebagai mentimun laut. Masyarakat barat yang berkendakkan kolagen terpaksa mengambilnya dari sirip ikan yu. Gamat tidak mengandungi bahan-bahan logam seperti plumbum dan raksa serta tiada kesan sampingan. Gamat mengandungi Omega 3, yang diperlukan untuk menyembuhkan luka. Gamat juga mengandungi vitamin E dan kaya dengan protien kolagen. Gamat sebenarnya berfungsi sebagai antioksidan, mengawal masalah keradangan, menurunkan kandungan kolesterol dalam darah serta kaya dengan zat galian untuk fungsi badan".

                                                    (dipetik dan diubahsuaikan daripada majalah millenia, september 2004)   


(a). Jelaskan kepentingan gamat kepada kesihatan manusia?


Jawapan : Kepentingan gamat kepada kesihatan manusia ialah kerana ia mengandungi kolagen, Omega 3 dan vitamin E.

(b). Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, cadangkan langkah-langkah yang sesuai untuk menjadikan perubatan tradisional seperti gamat sebagai sebahagian perubatan moden?

Jawapan : Langkah-langkah yang sesuai untuk menjadikannya sebagai perubatan moden ialah melalui penyelidikan dan pembangunan. Institusi penyelidikan seperti Pusat Penyelidikan Perubatan perlu membuat penyelidikan untuk menjamin keselamatan produk. Disamping itu pengekalan sumber perlu dilakukan. Bekalan sumber perubatan tradisional perlu berterusan dan pusat bekalan perlu dipelihara dengan baik agar ia tidak pupus.

No comments:

Post a Comment