Wednesday 30 March 2011

Isu : Kelapa Sawit


Soalan Ramalan 2011

Pembangunan dalam industri sawit melalui kajian dan penyelidikan telah menghasilkan inovasi moden dan produk baru yang kompetitif dalam kehidupan masa kini. Jelaskan kepentingan kelapa sawit kepada manusia dan persekitaran.

Jawapan

                A   Manfaat kepada manusia

                 1. Sumber alternatif bahan api fosil
-          Melalui pengenalan biodiesel

2. Industri pemakanan dan masakan
-          Digunakan sebagai minyak masak dan industri  makanan

3. Produk farmaseutikal dan perubatan herba
-          Boleh digunakan sebagai ubat dalam merawat penyakit

4. Penghasilan bahan biojisim
-          Hampas/sisa kelapa sawit boleh dijadikan baja dan biogas.

B. Manfaat kepada Persekitaran

5. Mengimbangi ekosistem alam
-          Membebaskan oksigen dengan lebih banyak
-          Haiwan liar dapat tinggal dalam ladang kelapa sawit
-          Udara akan lebih sejuk dan nyaman.

6. Menyerap pencemaran udara
-          Menyerap karbon dioksida dengan lebh banyak
-          Memerangkap debu dan sebarang partikel asing hasil drpd kilang.
Kesimpulan
- Sektor perladangan kelapa sawit banyak memberi faedah kepada ekonomi negara...

Monday 28 March 2011

Isu : Banjir Kilat

Pembangunan yang tidak lestari telah menjadi punca berlakunya kejadian banjir kilat. Oleh hal demikian  langkah-langkah yang berkesan perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Bincangkan.



Pengenalan
- Sering berlaku di bandar-bandar besar seperti kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Punca kejadian Banjir
  1. Pembangunan tidak lestari
  2. Cuaca
  3. Pembinaan sistem saliran air tidak dirancang dengan sempurna
  4. Pembuangan sisa-sisa domestik dan industri
Langkah mengatasi Banjir Kilat
  1. Pembinaan terowong SMART
  2. Pemeliharaan pemuliharaan dan hutan
  3. Penyelidikan dan pembangunan
  4. Penyelenggaraan semula sistem saliran air
Kesimpulan
 - Ketidaklastarian pembangunan membawa kesan negatif kepada manusia dan alam sekitar



Pendekatan menjawab : 2+2

Sunday 27 March 2011

Sektor Pertanian di Malaysia

Pengenalan
- pertanian adalah satu aktiviti pengeluaran makanan dan bahan mentah.

- Merangkumi perladangan,peternakan dan perhutanan.
-Penyumbang terbesar ekonomi negara.

Kepentingan
  1. Peluang pekerjaan
  2. Sumber bekalan makanan
  3. Penstabil suhu alam sekitar
  4. Ekosistem
Cabaran-cabaran
  1. Tanah skala kecil dan tidak ekonomik
  2. Kekurangan benih (benih hybrid tembikai)
  3. Kekurangan tenaga buruh (19343 buruh setakat 2002/2003)
  4. Usia petani dan pekebun telah tua (39% - 55 ke atas)
  5. Kekurangan pelabur (swasta)
Kesan - kesan kepada alam sekitar

  1. Ekosistem kepada satu ekosistem baru iaitu ekosistem pertanian
  2. Hakisan tanah
  3. kekurangan nutrien dan keasidan tanah
  4. Kehilangan kepelbagaian biologi
  5. Bahaya racun (serangga,kulat dan rumpai

Langkah-langkah
  1. wujudkan tanah skala besar
  2. Pemindahan teknologi dan cara tanaman baru
  3.  Kemudahan infrastruktur dan khidmat sokongan 
  4. Pengenalan Projek Berimpak Besar (5 projek)
1.Pembangunan Zon Industri Akuakultur (ZIA)
2.Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM)
3.National Feedlot Centre (NFC)
4.Pembangunan Usahawan Industri Asas Tani (UIAT)
5.Ladang Kontrak

Kesimpulan
- Pertanian aset ekonomi negara namun alam sekitar perlu dijaga demi generasi masa depan.

Isu : e-dagang

1. kebaikan
  1. pasaran yang luas.
  2. keselesaan pelanggan
  3. Jaminan pengguna
  4.  Maklumat mesra pelanggan
  5. Intergrasi syarikat
2. keburukan
  1. Ketersampaian
  2. Kepuasan pelanggan
  3. Harga produk yang tiada tawar menawar

Thursday 24 March 2011

Selamat datang kepada pelajar abaka ppu t6....selamat melayari blog cikgu...

alhamdulillah...akhirnya selamat mewujudkan blog khusus untuk pelajar -pelajar ppu tingkat 6 smk abaka tawau....Semoga dengan adanya blog ini pelajar dapat memanfaatkannya terutama dalam peningkatan ilmu subjek pengajian am ...

selamat belajar dan membaca......