Thursday 28 April 2011

Bagaimana menghasilkan pendahuluan yang baik ?

Soalan ini sangat kerap diajukan oleh para pelajar sama ada dalam kelas atau dalam pertemuan-pertemuan yang berkaitan dengan program peningkatan mata pelajaran Pengajian Am.

Jawapan saya, kenapa perlu mengambil masa yang sangat lama untuk menghasilakan sebuah pendahuluan dalam konteks peperiksaan. Cukup sekdar mengambil sebahagian daripada petikan soalan untuk diolah sebagai pendahuluan.

Sebagai contoh;
Aktiviti sukan berperanan untuk meningkatkan kesihatan dan kualiti hidup manusia yang mengamalnya. Namun, jika tidak dimanfaatkan aktiviti ini boleh menjejaskan kehidupan kita. Jelaskan
  1. Kita akui sahaja kebenaran pernyataan tersebut sambil menyatakan kepentingnnya. "Aktiviti sukan sememangnya sangat penting untuk meningkatkan tahap kesihatan manusia.
  2. Terus kaitkan dengan kehendak soalan. "Justeru, sekiranya kita tidak memanfaatkan aktiviti tersebut ia tentunya akan menjejaskan kualiti kehidupan kita."
  3. Kemudian gabungkan menggunakan ayat yang lebih sesuai. Contohnya;
Aktiviti sukan sememangnya sangat penting untuk meningkatkan tahap kesihatan manusia. Sekiranya kita tidak memanfaatkan aktiviti tersebut ia tentunya akan menjejaskan kualiti kehidupan kita.

Ataupun kita memberi fokus kepada mana-mana aspek yang lebih penting. Contoh;

Aktiviti sukan yang sistematik dapat menjamin tahap kecerdasan individu. Individu yang sihat amat diperlukan dalam pembangunan
Fokus 1: Aktiviti sukan yang sistematik akan menjamin tahap kecerdasan seseorang.
Fokus 2: Individu yang sihat diperlukan dalam pembangunan negara. Fokus ini menjelaskan lagi fokus pertama.

Sikap mengambil masa yang lama atau menulis dengan panjang lebar sesuatu pendahuluan dianggap tidak perlu kerana perenggan pendahuluan tidak membawa sebarang markah.

180 minit Pengajian Am 900/2

Bahagian A = 40 Minit

Bahagian B = 40 Minit

Bahagian C = 20 Minit

Bahagian D = 40 Minit

Bahagian E = 40 Minit

Kalau pelajar mengambil masa yang lama untuk menyiapkan karangan pada bahagian A dan B, misalnya 60 minit x 2 = 120 minit. Baki untuk menjawab 3 soalan lain tinggal 60 minit sahaja. Kegagalan pelajar menggunakan masa 3 jam yang diberikan akan menyebabkan ramai yang tidak siap untuk lima soalan setiap satu daripada bahagian A,B,C,D,E. Ini adalah cadangan dan hasil pengalaman mengajar Pengajian Am kertas 2.

Wednesday 27 April 2011

TIPS SEMASA TEMUDUGA

Beri salam atau ucap selamat pagi/petang kepada panel temuduga dan anda hendaklah beramah-tamah dan bersopan-santun.

Dengarlah soalan-soalan dengan teliti dan jawab soalan dengan terus terang, tenang, logik, tepat dan penuh keyakinan serta jelas didengar.

Jangan merasa gementar.

Bersikap positif.

Tunjukkan bahawa anda bersungguh-sungguh hendak bekerja dan tumpukan minat terhadap pekerjaan itu.

Tanyalah mengenai tugas-tugas, latihan-latihan yang disediakan dan prospek pekerjaan/kerjaya.

Berilah persetujuan dengan senang hati jika diminta mengisi borang, mengambil ujian khas syarikat berkenaan, memberi nama orang-orang tertentu sebagai rujukan atau menjalani pemeriksaan perubatan.

Jangan menguasai temuduga.

Jangan membesar-besarkan diri serta bercakap panjang atau bercakap banyak.

Jangan berbincang masalah peribadi seperti urusan rumah tangga, kesihatan diri atau masalah kewangan anda.

Jangan bertengkar atau menyatakan tidak bersetuju dengan penerangan yang diberi oleh penemuduga.

Jangan mengkritik bekas majikan anda.

Jangan merokok atau mengunyah gula getah atau gula-gula semasa temuduga.

TIPS TEMUDUGA

Temuduga

Temuduga   
Sesi temuduga adalah satu sesi yang serius dan bertujuan untuk menilai atau memeriksa dengan reliti segala aspek diri pemohon bagi memastikan majikan berkenaan benar-benar memilih calon yang berkelibar untuk menjalankan tugas-tugasnya dengan cemerlang. Oleh itu apabila anda dipanggil untuk menghadiri temuduga bererti bakal majikan beranggapan anda adalah di antara beberapa calon lain yang layak dipilih untuk memegang jawatan tersebut.
Anda perlu bijak mengambil peluang keemasan ini untuk memasarkan (market) diri anda kepada bakal majikan serta menyakinkan penemuduga bahawa anda adalah calon yang paling sesuai untuk memegang jawatan berkenaan. Mengikut amalan biasa, dalam pemilihan calon yang sesuai, setiap majikan akan mementingkan tiga aspek berikut:

Kemahiran/Kebolehan

Pengalaman

Personaliti

Untuk membantu anda berjaya dalam temuduga tersebut, anda dinasihati membuat beberapa persediaan seperti berikut:


Persediaan Awal


Pastikan bahawa anda mengetahui masa dan tempat temuduga.

Hendaklah tiba di tempat temuduga sekurang-kurangnya 20 minit lebih awal. Sekiranya anda tidak dapat hadir kerana hal kecemasan, beritahu majikan seawal mungkin dan membuat temu janji yang lain.

Hendaklah pakai pakaian yang bersih dan kemas serta bersesuaian dengan pekerjaan yang dipohon. Pakaian yang menjolok mata adalah tidak dibenarkan.

Bawa bersama satu salinan " resume ", surat akuan, sijil-sijil yang berkaitan dengan kerja. Sebaik-baiknya susun didalam " folder ".

Selidik tentang latarbelakang firma atau pekerjaan yang anda pohon itu (misalnya produk/perkhidmatan syarikat, jumlah jualan dan keuntungan tahunan, saiz organisasi, pelanggan-pelanggan utama, pesaing-pesaing utama, berita/perkembangan syarikat yang terkini, rancangan pembangunan syarikat, tanggungjawab dan tugas jawatan yang dipohon, latihan-latihan, laluan kerjaya dan sebagainya).

Tahu apa yang anda boleh sumbangkan kepada majikan.

&nbspRamalkan soalan-soalan yang akan ditanya oleh penal temuduga dan sediakan jawapan. Diantara soalan-soalan yang mungkin dibangkitkan adalah seperti berikut:

Bolehkah anda memberi keterangan mengenai diri anda?
Apa yang membuatkan anda pilih pekerjaan ini?
Apa pengalaman yang anda perolehi dalam kerja anda yang lepas?
Kenapa anda berhenti?
Apakah pencapaian cemerlang dalam kerja anda yang lepas yang anda banggakan?
Apakah pandangan bekas majikan terhadap anda?
Adakah anda mempunyai pengalaman dalam kerja jenis ini?
Kenapa anda fikir anda layak untuk kerja ini?
Apa yang anda tahu mengenai syarikat ini?
Apakah yang membuatkan anda berminat dengan perkhidmatan dan produk syarikat ini?
Bagaimana anda boleh menyumbang kepada syarikat ini?
Kenapa anda berminat untuk bekerja dengan syarikat ini?
Apakah rancangan jangka panjang kerjaya anda?
Apakah kekuatan atau keistimewaan anda?
Apakah Kelemahan Anda?
Bagaimana anda menilai diri sendiri?
Bagaimanakah pandangan rakan-rakan anda mengenai diri anda?
Bagaimana anda ingin orang lain menilai anda?
Adakah anda akan menjalani latihan tambahan sekiranya pekerjaan tersebut memerlukannya?
Adakah anda lebih suka bekerja secara berpasukan atau bersendirian?
Adakah anda suka kerja-kerja tetap harian (routine)?
Bagaimana dengan kesihatan anda?
Apakah kegemaran/hobi anda?
Sekiranya anda ditawarkan kerja ini, bagaimana anda merancang penggunaan masa bagi dua minggu pertama di syarikat ini?
Bagaimana anda mengatasi sesuatu masalah yang dihadapi?

Menyediakan borang perancangan terlebih dahulu seperti di Lampiran II sebelum menghadiri sesuatu temuduga

Berlatih dengan rakan-rakan

KERJAYA

Contoh Pekerjaan Mengikut Kelulusan Akademik :-

Ijazah -

1. Pegawai Kawalan Trafik Udara
2. Pegawai Galian
3. Pegawai Kawalan Alam Sekitar
4. Perangkawan
5. Pengatur Program Komputer
6. Pereka Bentuk dan Juruanalisa Sistem Komputer
7. Arkitek
8. Jurutera Awam
9. Juruukur
10. Pegawai Perubatan
11. Pegawai Farmasi
12. Pensyarah Universiti
13. Guru Pendidikan Menengah
14. Akauntan
15. Juruaudit
16. Pegawai Undang-Undang
17. Pegawai Syariah
18. Pegawai Arkib
19. Kurator
20. Pegawai Kaji Cuaca
21. Pegawai Sains
22. Pegawai Pertanian
23. Pegawai Pertahanan Awam
24. Pegawai Kajibumi
25. Penguasa Bomba
26. Pegawai Keselamatan
27. Penolong Penguasa Polis
28. Penguasa Kastam
29. Pegawai Perhubungan Perusahaan
30. Pegawai Tadbir Diplomatik
31. Pegawai Tadbir Am
32. Jurutera Laut
33. Pustakawan
34. Pegawai Pembangunan Masyarakat
35. Pegawai Belia dan Sukan
36. Pegawai Penerangan
37. Kaunselor
38. Pegawai Penilaian
39. Pegawai Aktuari
40. Pegawai Hidupan Liar
41. Pegawai Perikanan
42. Pemeriksa Kilang dan Jentera
43. Pegawai Perancang Bandar dan Desa
44. Pegawai Latihan Vokasional
45. Penguasa Penjara
46. Pegawai Penyelidik
47. Pegawai Optometri
48. Pegawai Pergigian
49. Pemelihara Hutan
50. Pegawai Veterinar

Diploma -

1. Penolong Kaunselor
2. Penolong Pegawai Tadbir
3. Pembantu Teknik Kapal Terbang
4. Penolong Pegawai Laut
5. Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara
6. Penolong Pegawai Galian
7. Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar
8. Penolong Pegawai Kajicuaca
9. Penolong Pegawai Makmal Filem
10. Penolong Pegawai Penyediaan Makanan
11. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi
12. Penolong Pegawai Latihan
13. Penolong Pegawai Sistem Maklumat
14. Penolong Pegawai Pertanian
15. Penolong Pegawai Veterinar
16. Penolong Pemelihara Hutan
17. Pegawai Pegawai Hidupan Liar
18. Penolong Pegawai Perikanan
19. Pembantu Teknik Awam
20. Pembantu Teknik Elektrik
21. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa
22. Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera
23. Penolong Pemelihara Hutan
24. Pembantu Teknik Senibina
25. Pembantu Teknik Ukur
26. Penolong Pegawai Latihan Vokasional
27. Penolong Penguasa Bomba
28. Penolong Pegawai Keselamatan
29. Penolong Pegawai Pertahanan Awam
30. Penolong Pegawai Pendaftaran
31. Penolong Penguasa Imigresen
32. Pegawai Pegawai Siasatan
33. Penolong Penguasa Penjara
34. Pembantu Undang-Undang
35. Penolong Pegawai Tadbir - Penghulu
36. Penolong Pegawai Tadbir - Pegawai Kanan Petempatan
37. Penolong Pegawai Penerbitan
38. Penolong Pegawai Penguatkuasa
39. Penolong Pengurus Asrama
40. Penolong Pegawai Perangkaan
41. Penolong Pegawai Penyelidik
42. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam
43. Penolong Pegawai Arkib
44. Penolong Kurator
45. Penolong Pegawai Perpustakaan
46. Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat
47. Penolong Pegawai Belia Dan Sukan
48. Penolong Pegawai Perhubungan Perusahaan
49. Penolong Pegawai Penerangan
50. Pereka Bentuk - Grafik


Pendidikan Menengah ( Sijil Pelajaran Malaysia) -

1. Pembantu Pertanian
2. Renjer Hutan
3. Pengajar Membalak
4. Pembantu Perikanan
5. Pembantu Veterinar
6. Juruteknik ( Senibina )
7. Juruteknik ( Ukur Bahan )
8. Juruteknik ( Elektronik )
9. Juruteknik ( Mekanikal )
10. Juruteknik ( Elektrik )
11. Juruteknik ( Awam )
12. Pelukis Pelan
13. Juruteknik Perancang Bandar dan Desa
14. Pembantu Tadbir - Pegawai Petempatan
15. Pembantu Tadbir - Kesetiausahaan
16. Pembantu Tadbir Am
17. Pembantu Pembangunan Masyarakat
18. Pembantu Hal Ehwal Islam
19. Juruteknik Perubatan
20. Penyimpan Kira
21. Kerani, Bank
22. Kerani, Audit
23. Kerani, Kredit
24. Kerani, Kos
25. Penghitung, Data Sosial dan Ekonomi
26. Kerani, Perkapalan
27. Kerani, Import - Eksport
28. Kerani, Inventori
29. Kerani, Pelancongan/ Penerbangan
30. Pramugari, pramugara ( Kapal Terbang)
31. Pramugari Darat
32. Penyambut Tetamu, Hotel
33. Kerani, Mel/Penghantaran
34. Ketua Yad, Keretapi
35. Pembaca Pruf
36. Penterjemah
37. Pegawai Imegresen
38. Pegawai Kastam
39. Juruwang, Kaunter Tiket
40. Juruwang Bank
41. Pengawal Laluan - Perkeranian/Bas
42. Inspektor Tiket
43. Pengawal - Keretapi Penumpang
44. Pemandu Pelancong
45. Pemandu Galeri Seni
46. Pembantu Aktuari
47. Operator Kemasukan Data
48. Kerani Personel
49. Pembantu Insurans/Tuntutan
50. Kerani Sewaan/Limousin


Pendidikan Rendah -

1. Buruh Am
2. Pemungut Sampah Sarap
3. Penarik Beca
4. Pemandu Lori
5. Pemandu Bas
6. Pembantu Rumah
7. Porter- Hotel
8. Penjaga - Bangunan
9. Pencuci Tingkap
10. Pencuci Kenderaan
11. Pembantu Dapor
12. Pencuci Hotel
13. Tukang Sapu
14. Jaga
15. Atendan Hospital
16. Atendan Lif
17. Pengutip Tiket
18. Buruh Ladang
19. Tukang Kebun
20. Pemotong Rumput
21. Pekerja Padang Golf
22. Pembeku Getah
23. Pembuat Getah Keping
24. Penjaga Rumah Asap Getah
25. Pekerja Landasan Keretapi
26. Pembersih Tanah
27. Pemandu Ambulan
28. Pemunggah Kapal, Buruh Limbungan
29. Pengendali Kargo
30. Kelindan Lori
31. Pekerja Muatan Barang, Porter
32. Buruh Perlombongan
33. Atendan Taman Hiburan
34. Atendan Bilik Rehat
35. Pembantu Am Rendah
36. Pengisih
37. Tukang label
38. Pembungkus
39. Pencuci Pembuatan Tangan
40. Buruh Kuari
41. Buruh Pembinaan
42. Porter Gudang
43. Pengendali Bahan
44. Pemandu Van
45. Pemandu Traktor Ladang
46. Amah
47. Penjaga Rumah Api
48. Serang
49. Penarik Beca
50. Operator Penghantar